MASALAH TEKNIKAL
- RAKAMAN SUARA
Komik Gintama ini jarang sekali ditayangkan di televisyen cuma hanya sekali sahaja ditayangkan iaitu di slot TV2. Hal ini menyebabkan kami kekurangan panduan dalam menghasilkan video yang baik dan berkualiti.
Kami memilih untuk mmbuat rakaman di tempat yang sunyi dan tenang supaya kualiti rakaman terjaga. Oleh itu, kami memilih untuk merakam di rumah Liyana dan di bilik desasiswa.
Sebutan, gangguan, kelancaran dan kelantaran suara merupakan masalah yang kami hadapi ketika merakam komik bersuara ini. Rakaman ini dilakukan berulang kali sehingga kami berpuas hati dengan rakaman yang dihasilkan.
- PENGGUNAAN PERISIAN
Dalam penghasilan video manga kami, kami telah menggunakan banyak perisian untuk menjayakan video kami. Antaranya irecorder, Wavepad, Window Movie Maker dan Nero Editor.
Kami menggunakan irecorder iaitu perakam sura iPhone keluaran Apple kerana kualiti bunyi yang dihasilkan baik dan jelas. Untuk suntingan pula kami menggunakan Nero Editor dan perisian yang lain. Bahagian suntingan dilakukan oleh Nabila kerana dia lebih mahir dalam perkara ini.
Manakala bagi mencari latar bunyi, kami mencari melalui carian enjin, Youtube dan soundeffect.com. Carian ini memakan masa yang lama kerana kami perlu menyesuaikannya dengan konteks komik supaya kesan bunyi yang digunakan dapat memberi impak kepada pendengar.
Bahagian komik pula dipotong jalurnya mengikut jalan cerita komik ini. Jaluran komik itu dipotong menggunakan Adobe Photoshop.
- KENDALIAN PERISIAN
Kami hanyalah penterjemah dan tidak begitu mahir dalam menggunakan perisian tertentu. Oleh itu, beberapa kesulitan telah berlaku dalam mengendalikan perisian ini.Contohnya, ketika jalur komik dipotong, beberapa keping atau bahagian komik tertinggal kerana terlalu banyak yang hendak dipotong dan kami tidak mempunyai kaedah tertentu untuk memotong jalur komik ini.
Ketika memproses video pula, terdapat kesan 'hitam' di antara video jalur komik ke jalur komik seterusnya walaupun telah dibaiki beberapa kali, kesan itu masih lagi ada.
Dapat kami pelajari bahawa dalam menghasilkan sebuah video, perkara ini tidaklah sesenang dan serumit yang disangkakan. Cuma kaedah tertentu dan perisian yang betul perlu digunakan. Selain itu, bantuan orang yang lebih mahir juga diperlukan supaya pada masa akan datang kami boleh melakukannya sendiri.
MASALAH BUKAN TEKNIKAL
- PEMILIHAN WATAK
Ahli kumpulan kami semuanya perempuan dan kesemua watak dalam komik ini pula merupakan watak lelaki. Hanya ada satu watak perempuan sahaja dalam komik ini. Hal ini menyukarkan kami untuk melakonkan watak tersebut kerana suara lelaki berlainan daripada suara perempuan. Terdapat tujuh watak dalam komik ini dan setiap orang memegang tiga watak lelaki. Hal ini amat mencabar bagi kami kerana suara yang perlu dihasilkan mestilah berlainan.Seharusnya pemilihan komik dan watak di dalamnya mestilah bertepatan dengan pelakon tersebut supaya dapat menjayakan komik bersuara ini.
- EMOSI DAN INTONASI
Setiap watak mempunyai karakter tersendiri. Sebagai pengalih suara, kami harus menjiwai dan memahami watak tersebut supaya penyampaian yang dihasilkan bertepatan dengan watak itu.
Walau bagaimanapun, elemen intonasi yang dihasilkan amat sukar untuk kami kerana suara mesti berubah setiap kali watak itu muncul. Contohnya watak Shinpachi yang pada asalnya dimainkan oleh Nabila tetapi disebabkan dalam satu babak itu Nabila juga memegang watak yang lain maka Liyana perlu memegang watak Shinpachi bagi panel tersebut untuk memastikan kelancaran komik. Kesukaran menukar watak dan intonasi amat mencabar kerana kumpulan kami terdiri daripada perempuan dan tidak dapat melakonkan watak tersebut dengan baik. Oleh itu, kedengaran intonasi watak sama dan mendatar sahaja.
- PERBEZAAN BUDAYA
Komik mangga ini berasal dari Jepun dan dimasukkan elemen budaya dalam komik ini sesuai dengan pembaca sasarannya. Tetapi, apabila kami menghasilkan komik bersuara dalam Bahasa Melayu dan target audiens kami merupakan remaja Malaysia, maka penyesuaian budaya harus diletakkan.
Contohnya, "katana" merupaka pedang tajam yang digunakan oleh pahlawan Jepun. Oleh itu, "katana" diganti dengan "pedang samurai" kerana semua orang memahami konsep pedang samurai itu. Selain itu, beberapa perkataan lain seperti "Yokisoba", "Daruma", "Terakoya" juga dimasukkan unsur budaya tempatan.
No comments:
Post a Comment