KESIMPULAN
Setelah dua tahun kami melakukan terjemahan, tahun ini merupakan tahun yang menyeronokkan kerana kami diberi peluang untuk menghasilkan dan mempelajari sesuatu yang baru iaitu komik bersuara, terjemahan pandang, blog dan wikispaces. Walaupun mengalami keperitan dalam menghasilkan video ini, tetapi ini merupakan satu pengalaman yang menerujakan dan menarik. Selain itu, projek ini juga memberi peluang kepada kami untuk mengenali bakat kami dalam melakonkan watak komik ini.
Penterjemah seharusnya mempunyai kemahiran yang pelbagai bagi meningkatkan potensi diri dalam melakukan terjemahan teori mahupun amali.
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA DR NORAINI IBRAHIM GONZALES KERANA MEMBERI PELUANG KEPADA KAMI DALAM MENGHASILKAN KOMIK BERSUARA INI.
KALAU ADA SUMUR DI LADANG,
BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI,
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG,
KAMI NAK BUAT LAGIII~ ^^

No comments:
Post a Comment