Perbincangan

Objektif kami menghasilkan komik bersuara ini adalah seperti berikut:
  1. Menterjemah pandangkan dialog yang terdapat dalam manga daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran dengan menyesuaikan mengikut konteks budaya sasaran.
  2. Menghasilkan video komik bersuara yang dapat difahami dan seronok ditonton secara umumnya oleh golongan pembaca sasaran.

Perbincangan masalah sewaktu pembentangan



Selepas melakukan terjemahan dialog, kami bertiga telah cuba menyuarakan dialog tersebut mengikut watak masing-masing sambil memainkan panel manga pada skrin komputer. Beberapa terjemahan panel perlu disunting semula kerana berbunyi janggal ketika diujarkan serta terlalu panjang untuk diujarkan dalam satu nafas. 

Selain itu, terdapat beberapa bahagian panel terjemahan yang tidak masuk akal kerana seolah-olah tidak berkaitan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, terdapat beberapa panel yang terjemahannya digugurkan selepas merujuk anime manga ini. 

Selain itu kami juga mendapati bahasa terjemahan yang kami lakukan itu walaupun menyampaikan makna teks sumber tapi merupakan cara ujaran gender perempuan. Oleh itu, kami perlu meletakkan diri kami dalam pemikiran seorang lelaki serta bertanyakan rakan-rakan lelaki tentang cara bagaimana seorang lelaki akan memberikan respons terhadap sesuatu ujaran. Akhirnya kami dapat hasilkan teks terjemahan yang bersifat lebih semula jadi dan komunikatif serta bersesuaian dengan watak seorang lelaki.

Selepas selesai menghasilkan video komik bersuara, kami merasakan bahawa video komik ini akan dapat dihasilkan dengan lebih baik lagi jika setiap watak lelaki yang terdapat dalam manga ini diubahkan suaranya menggunakan aplikasi yang terdapat di Apple Store dan Android. Hal ini agar suara yang dihasilkan akan nampak lebih sesuai dengan watak yang terdapat dalam manga ini.  


Maklum balas selepas pembentangan:


  1. Rakan sekelas
Kami menerima maklum balas yang pelbagai daripada rakan sekelas. Ramai yang memberi maklum balas membina namun ada juga yang memberikan maklum balas yang tidak berkaitan dengan pembentangan. Kami terima kedua-duanya dengan hati yang terbuka. Rakan yang meminati manga/anime memuji hasil kerja kami kerana jalan ceritanya yang menarik serta efek bunyi yang digunakan bersesuaian dengan plot manga. Selain itu, mereka berasa hasil kerja kami menarik kerana mereka dapat mengetahui banyak tentang budaya Jepun.

Walau bagaimanapun, terdapat maklum balas negatif seperti mereka tidak memahami jalan cerita manga ini kerana mungkin dialog-dialognya terlalu panjang untuk dibaca dalam jangka masa yang terlalu cepat. Ada juga yang mengatakan bahawa kumpulan kami tidak menjiwai watak yang terdapat dalam manga tersebut. Hal ini memang kami akui agak sukar kerana manga tersebut ramai watak lelaki. 

Jika diberikan peluang sekali lagi untuk melakukan tugasan seperti ini, berdasarkan maklum balas yang diterima kami pasti mampu memperbaiki kelemahan tersebut dan menghasilkan video yang lebih baik. Terima kasih di atas semua maklum balas kamu semua. Mari kita sama-sama belajar daripada kesilapan masing-masing.

     2.  Oleh Dr. Noraini 

Kami amat gembira kerana mendapat maklum balas yang baik daripada Dr. Beliau memahami jalan cerita manga kami malah turut sama ketawa pada bahagian-bahagian video yang agak kelakar. Antara maklum balas yang kami terima adalah Dr. memuji kami menggunakan efek bunyi *bleep* sewaktu Hijikata menggunakan perkataan kesat kepada Sougo iaitu frasa "Son of a Bi*#h" dan padanannya adalah "Anak Ha*#%". Menurut Dr. perkara ini merupakan sesuatu yang kreatif dalam penghasilan video. 

Dr. juga menegur penggunaan frasa "bala..bala" yang kami padankan dengan ayat "it's disgusting". Sewaktu pembentangan masalah dilakukan, Dr. merasakan frasa tersebut tidak sesuai dijadikan padanan. Bagaimanapun, ketika mendengar frasa tersebut dalam video komik bersuara, padanan tersebut didapati agak sesuai. 

Terima kasih kepada Dr. Noraini di atas maklum balas ini. Kami tidak mungkin dapat menjayakan projek ini tanpa bantuan serta bimbingan Dr. 













No comments:

Post a Comment