3.0 SUARA LATAR
Suara latar dalam manga ini menitik beratkan kesesuaian latar tempat (Edo, Jepun) dan latar musim (musim panas) dalam manga ini. Oleh itu, kami telah memuat turun suara latar cengkerik bagi musim panas pada waktu pagi yang lazim didengar di Jepun. Disebabkan permulaan cerita ini mengambil tempat pada malam hari, sewaktu musim panas di Jepun, suara latar yang mirip dengan situasi berikut cuba diterapkan ke dalam video. Disebabkan babak tersebut berkisar tentang kisah hantu, oleh itu kami mengambil keputusan untuk memasukkan suara latar suspens bagi menghidupkan suasana yang menakutkan tersebut. Kami juga meminjam runut bunyi menakutkan daripada filem seram Insidious pada bahagian karakter Hijikata menjerit di muka surat kedua.

Selain itu, disebabkan terdapat elemen jenaka dalam manga ini, kami juga mencari suara latar yang dapat membantu penonton sasaran dalam memahami jenaka "teks sukar" ini seperti yang boleh dilihat dan didengar sewaktu ketiga-tiga ahli Yorozuya (Gin, Shinpachi dan Kagura) diikat di dahan pokok oleh ahli Shinsengumi. Kami memsaukkan suara latar burung gagak kerana terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu bahawa bunyi gagak merupakan petanda bagi kematian dan kami ingin memasukkan suara latar tersebut agar penonton tahu bahawa mereka sebenarnya dalam kesusahan.
Suara latar jenaka yang tiada kena-mengena dengan panel manga juga ditambah pada pengakhiran video untuk mewujudkan situasi lucu selepas penonton sasaran dikejutkan dengan bunyi serakan suara "mama Ju-On" yang memperlihatkan Kondo, kapten Shinsengumi yang pengsan setelah diserang oleh hantu berupa "mama Ju-On".
Terdapat juga suara latar yang dirakam secara manual seperti contoh bunyi Shinpachi yang termuntah setelah pening digantung terbalik pada dahan pokok dan juga bunyi tangan Hijikata dan Kondo yang menepuk nyamuk yang berkeliaran. Kami juga menambah suara latar seperti bunyi degupan jantung sewaktu Hijikata berbicara mengenai hantu tersebut kerana pada pendapat kami, ekspresi muka Hijikata yang seakan-akan bersifat tunggal akan menjadikan penonton sasaran tersalah sangka akan perasaan Hijikata sebenar yang sangat takut akan hantu. Kami juga sengaja bereksperimen akan penggunaan kata kesat pada satu bahagian seperti "anak ha***" yang ditutup menggunakan suara latar "bleep".
3.1 Pengguguran Makna Visual
Kami tidak memasukkan beberapa panel yang pada pendapat kami tidak mengganggu plot cerita dan mengambil masa yang lebih lama bagi kelangsungan video ini. Berikut merupakan panel-panel yang "dihilangkan" daripada tatapan penonton sasaran.
 |
| Panel 1 m/s 12 |
|
|
|
 |
| Panel 1 m/s 17 |
Kedua-dua panel ini tidak dimasukkan dalam video disebabkan kekangan masa di samping menjimatkan masa agar penonton sasaran tidak berasa bosan menonton video yang dihasilkan.
3.3 Penambahan Makna
3.3.1 Permulaan Manga (Sebelum)
Kami memperkenalkan kata budaya asing (Jepun) yang dikekalkan dalam video sebelum manga alih suara dimainkan. Terdapat dua kata budaya yang kami perkenalkan kepada penonton sasaran iaitu
Terakoya dan
Shinsengumi. Kedua-dua kata budaya tersebut sering digunakan dalam video, dan kerana produk kami telah pun mempunyai tulisan visual (teks sumber) semasa video ini berlangsung, oleh itu kami berasa jika kedua-dua perkataan tersebut diberi nota kaki, sudah tentu penonton sasaran akan berasa terganggu dengan pembacaan tambahan. Oleh itu, makna kedua-dua kata budaya tersebut telah diberi penerangan sebelum manga alih suara bermula.
1) Shinsengumi merupakan skuad khas polis pada zaman Edo.
Penerangan yang kami berikan ringkas dan padat. Namun, tentu ramai yang tertanya-tanya apakah Shinsengumi ini sebenarnya? Pada tahun 1853 di Jepun, terdapat "lawatan" dilakukan oleh Pegawai Tentera Laut Amerika, Komodor Perry bersama-sama beberapa kapal perang ke Jepun yang telah merubah sejarah negara tersebut selama-lamanya. Pada zaman tersebut, rakyat Jepun benar-benar takut akan kuasa asing yang besar dan percaya suatu hari nanti mereka akan ditawan oleh kuasa asing. Kebanyakan samurai bertukar menjadi "roushin" iaitu samurai yang tidak bertuan dan memberontak untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati akan "bakufu" ataupun kerajaan pada waktu itu. Samurai terbahagi kepada dua bahagian iaitu "そんのじょうい" (sonnojoui) yang menolak kerajaan sedia ada pada zaman tersebut dan "いっしんしし" (isshinshishi) yang menyokong imperialisme dan ingin membawa kemajuan ke negara Jepun. Pada waktu itu,
bakufu melantik beberapa
roushi yang tidak berpihak pada mana-mana pihak untuk dijadikan skuad polis khas dan dengan itu, tertubuhlah Shinsengumi.
Menariknya, beberapa karakter dalam manga ini dicipta berdasarkan karakter sebenar dalam Shinsengumi. Contohnya seperti:
 |
| Isami Kondou, pengasas dan pemimpin Shinsengumi |
|
 |
| Isao Kondo, pemimpin Shinsengumi (Gintama) |
|
|
 |
| Hijikata Toshizou, timbalan kapten Shinsengumi |
|
|
 |
| Hijikata Toushirou, timbalan kapten Shinsengumi (Gintama) |
 |
| Okita Souji, Shinsengumi |
 |
| Okita Sougo, Shinsengumi (Gintama) |
Karakter Yamazaki juga diambil daripada ahli Shinsengumi yang benar-benar wujud iaitu Yamazaki Susumu. Pekerjaannya juga dikekalkan dalam manga Gintama iaitu sebagai perisik Shinsengumi.
2) Terakoya merupakan sekolah persendirian bagi rakyat Jepun pada zaman Edo.
 |
| Terakoya |
No comments:
Post a Comment