Pengenalan

GINTAMA

HBT 303 Persediaan Interpretasi 


Laporan Penghasilan Manga Video : Lesson 33 Be Careful of Belt Conveyers 
(Berhati-hati Dengan Tali Sawat Penyampai)

Pensyarah : Dr Noraini Ibrahim-Gonález

Komik ini merupakan komik yang terkenal di Jepun dan bahasa asal komik ini ialah Bahasa Jepun. Diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dan kami menghasilkan komik bersuara dalam Bahasa Melayu.

Sinopsis Cerita Komik

Komik Gintama ini menceritakan mengenai sekumpulan Shinsengumi pada zaman Edo di Jepun. Shinsengumi merupakan sekumpulan pasukan polis khas yang terkenal dengan kehebatan mereka. Pelbagai aksi, kejadian, aneh, lucu dan dugaan dihadapi mereka di setiap tempat yang mereka kunjungi. 

Sinopsis bagi Episod ke-33
Ketika mereka berada di Terakoya, satu kejadian misteri yang berlaku dan menyebabkan 18 orang ahli pasukan mereka 'ditewaskan' dalam satu malam. Apakah misteri di sebalik Terakoya? Mampukah bomoh upahan membuang 'benda' yang mengganggu mereka?.

Sebab Memilih Komik Ini

Komik ini merupakan salah satu komik yang kami sukai. Jalan cerita komik ini menarik, dan terdapat banyak watak yang mempunyai perwatakan tersendiri walaupun hanya satu watak sahaja perempuan. Pembaca sasaran bagi komik ini adalah golongan pembaca tegar manga kerana komik ini menghiburkan dan watak yang diilustrasikan kacak dan cantik.




Watak-watak yang Terdapat dalam Komik Ini



KONDO
Kondo merupakan Kapten Shinsengumi dalam komik ini. Walaupun dia seorang kapten tetapi dia mempunyai sifat penakut. Dia paling takutkan mayonis dan semenjak kejadian di Terakoya dia menjadi semakin penakut. Satu fakta menarik mengenainya, dia diberi gelaran 'Gorilla' kerana badannya berbulu!

Dan Amirah merupakan ahli yang menyuarakan watak ini dalam kumpulan kami.

                                             


HIJIKATA TOSHI

Hijikata merupakan Naib Kapten. Dia seorang yang serius, tidak percayakan hantu dan gilakan mayonis. Dia akan makan apa-apa sahaja dengan meletakkan mayonis termasuklah Yokisoba (mee Jepun). Kegilaannya akan terserlah lagi jika makanan kegemarannnya habis. Dia juga mempunyai seorang musuh dalam pasukannya sendiri. 

Nabila menyuarakan watak ini.





SOUGO OKITA

Sougo merupakan watak penting dalm komik ini. Dia musuh kepada Hijikata Toshi dan sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan dapat menghapuskan Hijikata termasuklah upacara pelik. Sougo juga kejam kerana dia suka menyeksa orang dan melihat orang terseksa kerana dia mencapai kepuasan melalui perbuatan itu. dia digelar 'Raja Sadis'.

Watak ini telah disuarakan oleh Liyana.




KAGURA

Satu-satunya watak perempuan dalam cerita ini. Dia seorang gadis yang lincah, comel, berani dan suka mengejek. Dia memanggil Kondo dengan gelaran 'Gorilla' walaupun dia tahu bahawa Kondo merupakan Kapten Sinsengumi. Kepetahannya membuatkan semua orang terpesona dengan dirinya.

Watak ini disuarakan oleh Liyana. 




GIN

Merupakan ketua kepada Kagura dan Shinpachi. Dia mempunyai kelebihan dalam melihat benda di alamlain, hantu. Dan dengan menggunakan kelebihan itu dia merancang untuk menipu bagi mendapatkan wang kerana tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Gin seorang yang materialistik dan gilakan duit tetapi sangat pemalas kerana hanya mahukan kerja yang senang dengan upah yang lumayan.

Watak ini disuarakan oleh Amirah.




SHINPACHI

Merupakan pengikut Gin tetapi seorang yang serius dan suka merantau. Dia tidak banyak berbicara dan apabila dia berbicara ada sesuatu yang bermakna akan diperkatakan. 

Nabila dan Liyana menyuarakan watak ini.





YAMAZAKI

Watak tambahan dalam cerita ini dan ahli pasukan Shinsengumi. Tiada apa yang menarik tentang dirinya. Hanya seorang budak suruhan.

Amirah menyuarakan watak ini.



Berikut merupakan hasil video terjemahan pandang kami:



No comments:

Post a Comment