(sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas)
Panel 1
Tukang cerita: Kehangatan malam itu sama
seperti malam ini, Nyamuk pun banyak.
Tukang cerita: Ketika aku dan kawan-kawanku
bermain bunga api, tiba-tiba keadaan menjadi gelap-gelita…
Panel 2
Tukang cerita: Kami mula panik dan kerana
kami curi-curi keluar bermain, kami risau akan dimarahi emak. Jadi kami pun bercadang
untuk pulang ke rumah. Kami mula mengutip
cebisan bunga api…dan bila kami melalui Terakoya, tiba-tiba kami ternampak…
Panel 3
Tukang cerita: Masa tu dah lewat malam…Di sebalik tingkap
Terakoya itu, kami ternampak kelibat perempuan berkimono merah!
Panel 4
Tukang cerita: Perasaanku tidak tentu arah,
ketakutan dan tertanya-tanya. Aku mendekatinya lantas bertanya: Buat apa tengah-tengah malam ni?
Panel 5
Tukang cerita: Dia menjawab dengan senyuman
yang menyeringai.
Panel 1
Hijikata: Mayonis tak cukup!!
Orang lain: AAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!
Panel 2
Orang lain:
Timbalan kapten ni kenapa? Rosak cerita ni!
Hijikata: Ada aku
kisah? Mayonis dah habis,
tahu tak? Aku kan dah pesan kan suruh beli? Tengok, dah membazir mi goreng ni.
Orang lain 2: Banyak ni kata tak cukup lagi?! Makanan
ni boleh dipanggil mi goreng lagi ke? Kuning semacam je!
Panel 3
Orang lain 3:
Kapten? Kapteeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeennnnnn!
Orang lain 4: Alamak!
Sebab hal mayones ni, kapten dah pengsan! Bala, bala...
Panel 4
Hijikata:
Mengarutlah semua ni. Orang
bodoh je yang dengar cerita hantu ni semua.
Panel 1
Hijikata: Kenapalah
semua orang percaya cerita-cerita hantu ni benar belaka.
Panel 2
Hijikata: (pukui
nyamuk) Banyaknya nyamuk malam-malam ni.
Panel 3
Okita: (bisik) Mati…
Panel 4
Okita: (bisik) Mati…..Hijikata, tolonglah….mampuslah
cepat…
Panel 5
(Hijikata: erh)
Panel 6
Hijikata: (dalam hati) Tak…tak…tak mungkin…ni
berlaku
Panel 7
(Hijikata bukak pintu- slide)
Panel 1
Okita: oops
Panel 2
Hijikata: Apa
jadah yang kau buat ni? Tengah-tengah
malam ni…
Panel 3
Okita: Er…j-joging?
Panel 4
Hijikata: Penipu
besar! Kalau kau joging dengan lilin atas kepala, kepala kau dah sepatutnya
terbakar sekarang!Haa! Kau tengah buat ritual
pelik, kan?! Ritual untuk hapuskan aku atau jahanamkan aku, kan?!
Okita: Wow,
Hijikata. Kau ni perasan sungguh. Aku takut kau jadi gila nanti kalau kau tak
pandai kawal diri.
Panel 5
Hijikata: Anak ha-...***
Panel
1
Hijikata: (hah?)
Panel 2
(Hantu appears, sound effect hantu)
Panel 3
(bunyi Hijikata panik sikit)
Panel 4
Hijikata: Hei,
Sougo. Ada orang kat situ…
Okita: Apa dia, Hijikata?
Panel 5
Okita: Tak nampak apa pun…
Hijikata: (dalam hati) Tak, aku pasti aku
nampak sesuatu…
Panel 6
(suara orang menjerit: GYAAAAAAAAA!)
Panel 1
(Tiada- bunyi cengkerik)
Panel 2
Hijikata: Parah ni…yang ni mangsa ke
berapa?
Okita: Em…yang ke-18 rasanya.
Panel 3
Hijikata: Kalau macam tu dah separuh skuad
kita ditewaskan 'benda' ni. Agak mengejutkan macam mana
kita boleh terlepas pandang perkara ni sampai jadi macam ni
Panel 4
Hijikata: Insiden
ni serius. Kita ni Shinsengumi, tapi disampuk hantu dalam tidur pula...Memalukan betul! Hish...bala,
bala…
Panel 5
Kondo: Toshi, aku
lain! Mayonis yang takutkan aku!
Hijikata:
Boleh pulak kau cakap macam tu?
Panel 2
Okita: Setakat
ni, semua mangsa beritahu mereka ternampak perempuan berkimono merah. Kau rasa perempuan ni sama tak dengan
perempuan dalam cerita Inayama?
Hijikata: Bahlul!
Hantu tak wujudlah.
Panel 3
Kondo: Toshi, kau
cakap besar nanti kena baru kau tahu! Sudahlah tempat ni dah disumpah.
Kondo: Mesti ada
roh jahat yang menghantui tempat ni!
Panel 4
Hijikata: Jangan nak mengarutlah.
Panel 5
(bunyi hantu insidious kuar)
Panel 6
Hijikata: Tak…hantu mana ada wujud.
Panel 7
Yamazaki: Tuan kapten, saya bawa mereka
seperti yang diarahkan.
Kondo: Bagus, Yamazaki!
Panel 1
Yamazaki: Mereka ni bomoh yang saya cari
sekitar bandar.
Gin: Selamat sejahtera.
Panel 2
Hijikata: Siapa dia orang ni? Nampak macam
kumpulan sarkas je.
Kondo: Mungkin dia orang ingat kita jual
hantu kot.
Panel 3
Hijikata: Eh.
Eeeh, kau bergurau kan? Tak mungkin lelaki-lelaki yang mencurigakan ni boleh
buat...
Gin: Kat belakang
tu… belakang kau!
Panel 4
Kagura: Apa kau
cakap? Ada benda kat belakang dia..? (bisik)
Gin: Alamak, terlepas cakap pulak…
Hijikata: Siapa diaorang ni? Boleh tak aku
bunuh je diaorang ni?
Panel 5
Kondo: Tok bomoh ni nak tolong kami ke tak?
Kalau terus macam ni saya takut nak pergi tandas sorang-sorang.
Kagura: Serahkan pada yang pakar, gorilla.
Panel 1
Gin: Terima kasih kerana tunjukkan kami
kawasan sekeliling rumah ni.
Panel 2
Gin: Sekarang aku betul-betul dapat rasakan
kemunculan roh yang kuat di sini, Gorilla.
Kondo: Ah, aku pasti aku dengar kau cakap
gorilla.
Gin: Apa-apa pun kita sepatutnya boleh buat
upacara menghalau hantu dah sekarang. Tapi nanti duit pengeras naik sikitlah, Gori…
Hijikata: Ni apa
pasal asyik sebut gorilla je ni?
Panel 3
Okita: Kalau
macam tu hantu ni hantu apa, Gori?
Kondo: Dia pun
ikut sama!
Panel 4
Kagura: Em…hantu pengurus kilang.
(bunyi tumbuk)
Panel 5
Gin: Er...ni roh pengurus kilang yang mati
terkapit pada tali sawat penyampai.
Kondo: Umm..tapi semua orang cakap dia orang
nampak hantu perempuan berkimono merah .
Panel 6
Shinpachi: Kau dah salah ni. Hantu ni
sebenarnya hantu perempuan berkimono merah yang mirip pengurus kilang yang mati
terkapit pada tali sawat penyampai.
Hijikata: Panjang
betul penjelasan kau! Perlu ke nak masukkan segala benda pasal pengurus kilang
tu?
Panel 7
Gin: Kau...nama
kau Yamazaki kan?
Yamazaki: Eh?
Gin: Kami akan
kurung roh tu dalam badan kau dan kemudian kami akan lakukan upacara
penghalauan hantu.
Panel 1
Yamazaki: Eh,
kejap-kejap. Korang halau hantu guna cara apa?
Gin: Guna buku lima.
Yamazaki: Apa?! Tunggu dulu, kalau macam tu
semua orang pun boleh buat...
Panel 2
(bunyi tumbuk, bunyi efek oof!- ditumbuk)
Panel 3
Gin: Okay! Sekarang ni roh tu dah masuk ke dalam badan dia. Badan ni telah dirasuk!
Hijikata: Rasuk?
Nampak macam korang belasah dia ada la!
Panel 4
Kagura: Bukan,
bukan, aku yang masukkan roh dalam badan dia.
Kagura (pengurus
kilang): Dengar sini.. hari ini kilang ni akan dimusnahkan,
tapi jangan risau. Aku yang akan bertanggungjawab...
Hijikata: Eh? Dia
dah jadi pengurus kilang pula sekarang!
Panel 5
Kagura: Eh? Aku
silap cakap ke...
Gin: Bahlul!
Sepatutnya kau jadi perempuan yang mati terkapit pada tali sawat penyampai!
Shinpachi:
Tolonglah...tak mungkin ada perempuan yang akan mati terkapit dengan
benda-benda macam tu, lagi-lagi pada tali sawat penyampai.
Panel 1
Gin: Macam ni la,
kita lupakan je semua tu, kita reka je perempuan biasa!
Kagura: Tak
mungkin! Cakap senangla, nak lakonkan perempuan biasa susahlah!
Gin: Yang kau nak
berlakon hebat sangat ni kenapa? Tiada siapa minta pun.
Kagura: Diamlah,
mumia! Pakaian kau sendiri dah nampak palsu!
Gin: Apa dia?! Pakaian
macam ni la membuatkan aku jadi misteri!
Kagura: Ah!
Apa-apa je la! Aku nak berhenti!
Panel 2
Shinpachi: Kita
tengah kerjalah sekarang! Hei, korang berdua ni dengar tak?!
Panel 3
(bunyi topi terjatuh)
Panel 4
Gin: Ah...
Panel 5
(bunyi cengkerik)
Panel 1
(bunyi burung gagak)
Panel 2
Shinpachi: Kitorg bukan nak buat jahat…kami
Cuma perlukan kerja. Masa musim panas ni kami rasa kerja
penghalau hantu senang nak cari makan…Kita keliling satu bandar ni kan, Gin?
Panel 3
Gin: Betul tu. Ni semua sebab dari kecil
lagi aku boleh tengok hantu. Aku
memang nak gunakan keistimewaan aku ni untuk tolong orang. Ah, aku dah nampak dah. Ada perempuan
tua yang marah kat belakang kau sekarang.
Okita: Betul ke?
Ni mesti nenek dari kedai runcit tu. Aku selalu tipu dia untuk dapat aiskrim
percuma selalu. Sebab tu la dia marah kot. Macam mana ni…
Panel 4
Gin: Jangan
risau! Kau hanya perlu lepaskan kami, bagi kami minum air dan kau akan selamat.
Okita: Ok. Kalau
macam tu sila minum air ni guna hidung kau.
Gin: Ow-ow-ow-ow! Apa yang kau buat ni?! Teringat masa zaman dulu aku hampir lemas dalam kolam renang.
Panel 1
Kagura: Gin,
kepala aku dah nak meletup dah ni. Tolonggg!!
Gin: Hey! Kepala dia ni dah nak meletup! Kalau heroin mati, tamatlah manga ni!
Panel2
Okita: Mulai
minggu depan, jangan lupa tonton episod Shinsengumi: Kekejaman melanda! J
Shinpachi:
Matilah kita orang macam ni.
Panel 3
Kagura: Tolong!!!
Kondo: Hey Toshi,
turunkanlah budak-budak tu. Kalau biar lama-lama takut Sougo ni jadi sadis
pula.
Hijikata: Sougo tu memang raja segala sadis, dah memang terlambat.
Panel 4
(Bunyi Kagura+Gin+Shinpachi dilepaskan dari
ikatan tali)
Panel 5
Shinpachi: Bleghhhh
Kagura: Aaaa sakitnya kepala ni.
Panel 6
Hijikata:
Kalau ikutkan kami, matilah korang kami kerjakan. Nasib baik kami
takde masa nak layan, jadi berambuslah!
Panel 1
Gin: Ah,
sebenarnya korang takut sangat dengan hantu tu sampai tak berani nk buat
apa-apa kan?
Kagura:
Kesiannya..nak aku teman kau pergi ke tandas? Hehe
Panel 2
Kondo: Berani kau
kutuk seorang samurai!! Tapi amoi kalau kau nak temankan aku, ok juga!
Hijikata: Kau
terima pelawaan dia?!!
Panel 3
Kondo:
Sebenarnya, dah lama aku tahan kencing, tapi aku takut sangat.
Kagura: Takpe,
jangan risau. Aku temankan kau.
Hijikata: Kau ni
biar betul? Kau tak tahu malu ke?!
Panel 4
Hijikata: Korang
jangan sibuk-sibuk pula nak hebohkan hal ni. Kalau tak, nahas korang!
Shinpachi: Macam
serius je perkara ni. Betul
ke korang semua ok?
Panel 5
Hijikata: Sebab hantu inilah skuad kami lemah. Keadaan sekarang amat teruk.
Panel 6:
Hijikata: Kalaulah musuh kami ini manusia,
pedang samurailah makanan dia. Tapi melihat keadaan sekarang aku tak pasti apa
lagi nak buat.
Panel 1
Gin: Eh kejap! Maksudnya kau percaya hantulah? Alololor..mak..takutnyaa..
Hijikata: Kurang ajar! Aku tumbuk juga kau ni!
Panel 2
Okita: Eh jap, maksudnya kau pun nampak
jugak lah? Perempuan berkimono merah tu...
Panel 3
Hijikata: Aku tak pasti, tapi aku dapat
rasakannya...Mungkin ia bukan manusia.
Panel 4
Gin: Alololor takutnya!
Okita: Takutnya, takutnya..tutup mata aku!
Hijikata: Tak
guna! Korang memang dah berpakat nak kenakan aku ya?
Panel 5
Shinpachi:
Perempuan berkimono merah..aku macam pernah dengar cerita ni..
Panel 1
Shinpachi: Dulu aku sering ke
Terakoya...banyak cerita tentang perkara itu.
Panel 2
(Hijikata+Gin+Okita melihat ke arah
Shinpachi)
Panel 3
Shinpachi: Urmmm, macam mana ye nak mulakan
cerita..
Kondo: Kejap,
tunggu situ! Tolonglah, kejaaaap je!
Kagura: Kau ingat
aku penunggu tandas eh?
Shinpachi:
Selepas tamat kelas pada waktu senja tu, semua pelajar akan berkumpul di
Terakoya.
Panel 4
(Gambar tandas)
Panel 5
(Bunyi pintu tandas tutup)
Shinpachi: Dekat bangunan sekolah tu,
tempat yang korang fikir tiada orang…
Panel 6
(Kondo tepuk dahi
sebab ada nyamuk)
Panel 7
Kondo: Ishh,
kenapa banyak sangat nyamuk ni?
Panel 1
(Muka Kondo terkejut)- buat bunyi sendiri
Panel 2
Shinpachi: Seorang perempuan berkimono
merah muncul di situ.
Panel 3
Shinpachi: Dan kalau ditanya apa dia buat
di situ..
(Suara Kondo menjerit)
Panel 4
(semua orang toleh ke belakang-arah tandas)
Panel 5
(semua berlari ke arah tandas)
Panel 1
Kagura: Gorilla!! Kenapa dengan kau? Anu kau tersangkut kat zip ke?
Panel 2
Gin: Kagura, kenapa ni?
Kagura: Anu dia
tersangkut dekat zip.
Panel 3
Hijikata: Ahh ke tepi! (sambil tendang
pintu tandas)
Panel 4
(Muka Gin dan Hijikata reaksi pelik)
Panel 5
Gin: Kenapa dia macam tu?
(bunyi suspen
sebab Kondo terbalik)


















Syabas! Format laporan yang baik,
ReplyDeleteTerima kasih Dr. Noni! :)
ReplyDelete